Sunday, July 10, 2011

How to handle this kind of people

Hi frens..happy monday morning!

I take so much time since my last post.i don't know why..just blogwalking everyday plus my busy routine work. but incident semalam buatkan saya terasa nak menulis hari nih.terngiang di telinga saya membuatkan saya teringat sampai ke hari ni.saya tak mampu nk tepis apatah lagi memandang mata orang yang suka bertanya soalan2 anak.

being a childless wife is very tough especially for those yg ingin menimang cahaya mata secepat yang boleh.kita bukan sekadar diuji dari dalaman malahan yang lebih teruk secara luaran. tatkala kita boleh mengawal keinginan dalam diri sendiri tapi bisikan2 syaitan luaran ni memang betul2 menguji.

saya dah kehabisan air mata..sudah kontang.saya sudah tak mampu untuk menangis apabila memikirkan perihal anak.saya hanya mampu berusaha..hasil nya di luar bidang kemampuan saya.setiap kali soalan tentang anak keluar,kepala saya akan memikirkan jawapan apa yang sesuai untuk diberikan kepada mereka ini.saya bukan suka2 taknak anak..saya bukan merancang..saya bukan enjoy honeymoon semata.bukan..bukan..dan bukan.malahan sebelum berkahwin dulu saya memang dah berangan-angan untuk bunting pelamin.tapi nan ado..berlalu sepi macam tuh je.

tapi kenapa la orang sekeliling nih susah betul nak faham.apatah lagi saudara mara.even though kalau nak beramah mesra bertanya khabar..it's not the right question to ask.menambahkan gundah gulana hati orang yang menanggung nya.it's acceptable kalo yang belum berkahwin bertanya..sebab diorang tak faham apa lg.same to me before i got married dulu.tapi yang suka bertanya nih jenis2 makcik.

bukan setakat bertanya..

pegang2 perut lg..

komen2 lg..

          "kau bile lg..?macam mana blh takde lg..."

           "yg nih bile plak..?badan dh naik,pipi dh tembam"

           "merancang ke?"

           "korang nih nak honeymoon lame2 yer?"

dan macam2 lah.

kadang2 memang blh senyap n senyum je..tp sampai bile?mulut nih ringan je nak menjawab.lbh2 lagi kalau ada anak buah sekali..lagi rancak la soalan2 tuh.

penah sekali saya geram sangat..saya jwb.."ada,,tapi gugur arituh".terus orang tuh senyap.tapi xkan selama2nya saya nak bagi jawapan tuh.saya tak sanggup nk ingat balik benda sedih macam tuh.

terguris hati saya bukan sekali,berkali2.saya pasti suami pun merasa apa yang saya rasa..cuma lebih ramai orang yang suka bertanyakan kepada saya..argue perkara2 yang tidak sepatut nya dipertikaikan.

nasib baik mertua saya memahami..tak putus2 berikan sokongan dalam diam.setiap kali pulang dari rumah mereka,ada sahaja benda2 yang dibekalkan..jus tok guru la..susu kambing dan baru2 ini mereka bawa pulang buah zuriat sekembalinya dari umrah.

ibu ayah saya juga tak ketinggalan.mereka tempat saya mengadu dan minta pendapat..

namun,kita manusia biasa..kadang2 mereka pun ada terlanjur kata yang buatkan saya terasa.

saya tak mahu mengeluh..dan saya tak mahu terlalu memikirkan nya.tapi jangan lah disebabkan saya kurang bercerita dengan orang sekeliling tentang perasaan saya terhadap hal2 anak ini membuatkan people take for granted.menuduh yang bukan2 dan provoke perasaan kami.akibat terlalu kerap diprovoke menyebabkan lahir nya blog ini. saya x mampu untuk menulis di ruang2 sosial facebook kerana saya tak perlukan simpati..saya hanya perlukan pemahaman dari orang sekeliling. saya pasti hanya orang senasib dengan saya yang akan memahami perasaan kami.

pada fikiran saya,usia dari awal perkahwinan sampai tahun ke-5 adalah crucial utk soalan2 sebegini sbb ia akan jadi meleret.more than that,orang akan tanya dan senyap..

saya percaya Allah dan tentukan yang terbaik untuk kami.dengan tempoh perkenalan kami yang singkat, ini lah takdir yang ditetapkan supaya kami lebih matang dan bersedia sebelum bergelar ibu bapa.harap2 pintu rezeki zuriat akan tetap terbuka untuk kami.

2 comments:

  1. tuh la..kita tak minta untuk jadi camni pun kan.kalau diorang tutup mulut je lagi bagus!senang hati makcik...:)

    ReplyDelete