Tuesday, July 26, 2011

Masih menunggu

Hari ke 48..

Masih menunggu petanda..

Merah kah?

atau

Double line kah?

tak pasti..hanya Allah lebih mengetahui...

Monday, July 25, 2011

How to manage/eat buah zuriat & another advice

Hi peeps!

last saturday saya kuatkan hati untuk wat upt sbb rasa x selesa sgt..rasa x sihat,mood pun x tentu arah..g treatsfair kt midval pun x syok je rasa.u know la sometimes make us act like crazy!:)

so when we went to alamanda utk movie harry potter,senyap2 saya beli upt kit and test it.guess what..it's NEGATIVE.since saya memang dh expect this to be happened,so takde la terasa sangat.cuma saya masih menanti2 why period saya lambat sgt2 sampai..half of myself said..arghh..wat test time senja/too early..memang la jadi 1 line.tapi harapan 10% jela..nk jugaakkk..hehehe.As of today,still tak period..dh menjangkau cycle 46 hari pun.tak pernah2 selewat macam ni.kalau bukan rezeki saya kali ini,harap2 tiada masalah lain plak yang timbul..

haaa..back to the topic.

when i blogwalking today, saya ada terbaca entry pasal strangers yang lebih memahami dari close reatives/friends. i feel the same thing.kadang2 orang yang rapat ni lebih tidak memahami..lidah lebih tajam & x menjaga perasaan bile bercakap dengan kita.saya sedia maklum cuma tahap kesabaran saya ada had nya.orang yang tidak memahami ini sudah saya ceritakan dalam entry yang lepas.kali ini saya nak bercerita the bright story of it plak.

last 2 weeks,saya & husband macam biasa pergi berjalan2 shopping at ikea & the curve.husband dah banyak kali ajak berurut so jumpa la 1 tempat nih.yang jaga front counter is auntie chinese nih (rase nye age dia dlm 50++ kot) and she explained about the package available.saya curious so saje2 tanye..if i'm in process of try to conceive boleh tak?she advice tak. dia kate memang ramai orang melayu yang in process conceive suka berurut tapi dia tak galakkan.i can't remember content advice dia tapi dia kate hanya orang yang expert/specific knowledge je boleh urut for case2 macam nih.and lastly she said.."i harap uol menjadi..".rasa terharu..sampai husband kata confirmed kite akan datang lg 1 day nanti.so now kitorang dah takde diskus2 pasal g massage ke..spa ke..

bila dalam keadaan macam kita,memang akan banyak advice kita terima kan?sampai kadang2 kita xtau which one to follow and we'll try our best to follow all of it semata2 untuk dapat baby.tapi kita hanya merancang..

another story.as i mentioned in previous entry,my MIL ada bawak balik buah zuriat from Mekah and i read a lots of mechanisms untuk makan buah tuh.but,until today buah zuriat tu still tersadai kat dapur. last wekeend,my husband brought me to Habib..for investment kata nya.i terima dengan hati terbuka..of kos la suka!sementara the staff siapkan billing and bersihkan my other jewelries (they did it for free) saya berborak dengan branch manager yang entertain us just now sampai keluar cerita pasal anak and buah zuriat.based on her understanding to the explaination by mat arab was to soak the buah zuriat (buah tuh kan keras ya amat!),bagi dia lembut sikit, after that baru boleh tumbuk.dia kata jangan rebus sebab nanti hilang khasiat.after dh tumbuk halus masukkkan dalam air then baru minum.seems logic but still...tak gerak 1 ape pun lagi..hahaha



takpe2..i jote down this to share dulu.nnt kalau berjaya saya tulis lagi yeee..

wish for miracles..

daaa...

Friday, July 22, 2011

Confused!

dah 3 hari saya delay period..saya amik cycle paling lama 40 hari..semenjak kawen nih cycle period memang tingtong!


macam biase..hati mendesak2 utk wat upt tapi rasa macam akan kecewa lg.

sbb nya...

takde tanda2 mcm pregnant pun..kecuali


kerap lapar

senang rasa loya

cepat letih

tanda2 lain memang takde..
tanda2 yang ada skang nih..mcm biase la psiko je due to our eagerness to be preggy woman..

tapi ada ke orang yang mengandung tapi takde simpton langsung??

paling risau..kalo cik "P" datang lagi lambat..cycle become longer..makin susah nk kira hari subur..makin susah nk usaha for babies..

xnak terlalu memikirkannya..

hanya berdoa..kalo ada nyawa dalam perot ni,moga dia dilindungi..

if takde,mohon Allah limpahkan kurniaNya dalam memberi zuriat kepada kami..

Hanya Allah tahu yang terbaik untuk kami..

Sunday, July 10, 2011

How to handle this kind of people

Hi frens..happy monday morning!

I take so much time since my last post.i don't know why..just blogwalking everyday plus my busy routine work. but incident semalam buatkan saya terasa nak menulis hari nih.terngiang di telinga saya membuatkan saya teringat sampai ke hari ni.saya tak mampu nk tepis apatah lagi memandang mata orang yang suka bertanya soalan2 anak.

being a childless wife is very tough especially for those yg ingin menimang cahaya mata secepat yang boleh.kita bukan sekadar diuji dari dalaman malahan yang lebih teruk secara luaran. tatkala kita boleh mengawal keinginan dalam diri sendiri tapi bisikan2 syaitan luaran ni memang betul2 menguji.

saya dah kehabisan air mata..sudah kontang.saya sudah tak mampu untuk menangis apabila memikirkan perihal anak.saya hanya mampu berusaha..hasil nya di luar bidang kemampuan saya.setiap kali soalan tentang anak keluar,kepala saya akan memikirkan jawapan apa yang sesuai untuk diberikan kepada mereka ini.saya bukan suka2 taknak anak..saya bukan merancang..saya bukan enjoy honeymoon semata.bukan..bukan..dan bukan.malahan sebelum berkahwin dulu saya memang dah berangan-angan untuk bunting pelamin.tapi nan ado..berlalu sepi macam tuh je.

tapi kenapa la orang sekeliling nih susah betul nak faham.apatah lagi saudara mara.even though kalau nak beramah mesra bertanya khabar..it's not the right question to ask.menambahkan gundah gulana hati orang yang menanggung nya.it's acceptable kalo yang belum berkahwin bertanya..sebab diorang tak faham apa lg.same to me before i got married dulu.tapi yang suka bertanya nih jenis2 makcik.

bukan setakat bertanya..

pegang2 perut lg..

komen2 lg..

          "kau bile lg..?macam mana blh takde lg..."

           "yg nih bile plak..?badan dh naik,pipi dh tembam"

           "merancang ke?"

           "korang nih nak honeymoon lame2 yer?"

dan macam2 lah.

kadang2 memang blh senyap n senyum je..tp sampai bile?mulut nih ringan je nak menjawab.lbh2 lagi kalau ada anak buah sekali..lagi rancak la soalan2 tuh.

penah sekali saya geram sangat..saya jwb.."ada,,tapi gugur arituh".terus orang tuh senyap.tapi xkan selama2nya saya nak bagi jawapan tuh.saya tak sanggup nk ingat balik benda sedih macam tuh.

terguris hati saya bukan sekali,berkali2.saya pasti suami pun merasa apa yang saya rasa..cuma lebih ramai orang yang suka bertanyakan kepada saya..argue perkara2 yang tidak sepatut nya dipertikaikan.

nasib baik mertua saya memahami..tak putus2 berikan sokongan dalam diam.setiap kali pulang dari rumah mereka,ada sahaja benda2 yang dibekalkan..jus tok guru la..susu kambing dan baru2 ini mereka bawa pulang buah zuriat sekembalinya dari umrah.

ibu ayah saya juga tak ketinggalan.mereka tempat saya mengadu dan minta pendapat..

namun,kita manusia biasa..kadang2 mereka pun ada terlanjur kata yang buatkan saya terasa.

saya tak mahu mengeluh..dan saya tak mahu terlalu memikirkan nya.tapi jangan lah disebabkan saya kurang bercerita dengan orang sekeliling tentang perasaan saya terhadap hal2 anak ini membuatkan people take for granted.menuduh yang bukan2 dan provoke perasaan kami.akibat terlalu kerap diprovoke menyebabkan lahir nya blog ini. saya x mampu untuk menulis di ruang2 sosial facebook kerana saya tak perlukan simpati..saya hanya perlukan pemahaman dari orang sekeliling. saya pasti hanya orang senasib dengan saya yang akan memahami perasaan kami.

pada fikiran saya,usia dari awal perkahwinan sampai tahun ke-5 adalah crucial utk soalan2 sebegini sbb ia akan jadi meleret.more than that,orang akan tanya dan senyap..

saya percaya Allah dan tentukan yang terbaik untuk kami.dengan tempoh perkenalan kami yang singkat, ini lah takdir yang ditetapkan supaya kami lebih matang dan bersedia sebelum bergelar ibu bapa.harap2 pintu rezeki zuriat akan tetap terbuka untuk kami.